Semak Rangkaian anda
Sila klik:
==========================
REDONE Terus Unggul
BERDASARKAN jumlah pelanggan dan pertumbuhan hasil, perkongsian pasaran, purata hasil setiap pengguna serta strategi pemasaran dan salurannya yang unik meletakkan pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO), Red One Network Sdn Bhd (redONE) dalam kelasnya tersendiri.
redONE mengukuhkan kedudukannya setanding dengan syarikat
perkhidmatan telekomunikasi lain. Ia menawarkan rangkaian telefon mudah alih
terbaik dan terluas dengan kadar pascabayar termurah untuk pelanggannya.
Salah seorang Pengasas redONE dan Ketua Pegawai Jualannya, Ben
Teh berkata, redONE mementingkan penjimatan, memahami kehendak pengguna yang
mahu pembayaran rendah, penambahan nilai dan perkhidmatan memuaskan hati.
“Mereka akan melihat penggunaan minimum sebulan yang diperlukan
dalam langganan,” katanya.
Mengimbas kembali penglibatan Ben dalam industri ini, segalanya
kerana minat yang mendalam dan dia tidak mahu mensia-siakan peluang yang
diberikan kepadanya selama ini.
Ben yang merupakan anak seorang nelayan dari Pontian, Johor
menjadikan abangnya sebagai sumber inspirasi untuk berjaya menjadi seorang
usahawan.
“Kejayaannya membina empayar perniagaan sendiri menyuntik
semangat saya untuk menempa kejayaan sepertinya. Saya masih ingat kata-kata
ayah, Teh Boon Leng semasa hayatnya dan menganggap kata-katanya sebagai satu
cabaran untuk saya menceburi bidang perniagaan dan tidak akan menoleh belakang
lagi,” katanya.
Kata-kata tersebut sentiasa bermain dalam mindanya, "jika
berniaga tidak untung, balik jual ikan", Ben mahu mengubah kehidupannya
dan terus berusaha bersungguh-sungguh membina perniagaannya sendiri.
Walaupun Ben berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar
dan Wilayah dari Universiti Teknologi Malaysia, ia bukanlah halangan dalam
membina pernia-gaan kerana ia digunakan sebaiknya dalam memacu perniagaannya.
“Pengalaman saya menjadi pemborong ikan termuda, iaitu berusia
13 tahun di salah satu pasar di Pontian juga, diguna pakai dalam bidang
telekomunikasi ini.
"Saya berkawan dengan semua peringkat umur tanpa kira
bangsa dan bercakap pasal perniagaan.
“Saya belajar memegang duit sendiri. Ketika belajar di
universiti, saya berniaga fotografi, perkakasan komputer dan sebagainya secara
kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan. Saya dibantu kawan baik yang kini
Ketua Pegawai Operasi redONE, Tee Yew Yaw,” katanya.
Transformasi & penjenamaan semula
Ben berkata, kejayaan pertama redONE adalah melakukan
transformasi sejak pemegang saham dan pengurusan baharu dilantik pada Februari
2012.
Sebelum ini, redONE adalah anak syarikat di bawah REDtone
International Berhad.
“Penjenamaan semula korporat kepada redONE dilaksanakan pada
Januari 2013. Pelbagai usaha dilakukan sejak syarikat diambil alih dan kejayaan
paling manis apabila kami meningkatkan jumlah pelanggan daripada 3,000 orang
kini meningkat kepada sejuta orang.
“Bermula hanya dengan lapan pekerja kini kami mempunyai lebih
300 pekerja dan pejabat di setiap negeri. Rangkaian pengedaran kami ada lebih
1,000 pusat dengan asas pelanggan semasa melebihi sejuta,” katanya.
Ben yang merupakan anak jati Johor berkata, redONE berterima
kasih kepada rakan niaga rangkaiannya iaitu Celcom Axiata.
Malah, redONE mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila proses
pendaftaran redONE tidak menggunakan kertas dan boleh didaftarkan di mana-mana
dan pada bila masa sahaja.
“Pendaftaran tanpa kertas atau dikenali mReg, mengurangkan kos
selain meningkatkan produktiviti dan asas pelanggan,” katanya.
Lebih mengujakan, redONE juga menyediakan insentif dan
memberikan rakan niaga perkongsian hasil dan bukannya insentif pendahuluan
seperti syarikat telekomunikasi lain dan ini membantu rakan niaga redONE
menjana pendapatan yang kekal dalam jangka masa panjang.
“Bermula 2013 sehingga 2016, redONE memberikan insentif sebanyak
RM135 juta. Waris 20 rakan niaga yang meninggal dunia juga menerima insentif
ini,” katanya.
Beliau berkata, redONE menyasarkan untuk membayar insentif
antara RM80 juta sehingga RM100 juta menjelang akhir tahun ini.
Katanya, seorang rakan niaga redONE akan mendapat komisen
sekiranya mendaftar pelanggan baharu, dan mendapat bahagian perkongsian hasil
bil pelanggan setiap bulan.
Kukuh kedudukan, hargai rakan niaga
Ben berkata, setakat ini redONE mempunyai 96 kedai konsep
(Premier Shop), 1,100 pusat kejiranan (Premier Neighbourhood Centre), 8,000
penasihat jualan (Sales Advisor), 14 kiosk di pusat membeli-belah dan 12 trak
bergerak di seluruh negara.
“redONE menyasarkan penambahan kedai konsep, pusat kejiranan,
penasihat jualan dan kios di seluruh negara. Dengan menawarkan pelan pembayaran
paling murah tidak melebihi RM50 sebulan, kami menjangkakan sasaran untuk dua
juta pelanggan akan tercapai,” katanya.
Jelasnya, objektif utama redONE adalah menembusi benua Asean,
bermula dengan menembusi beberapa pasaran baharu antaranya Singapura dan
Indonesia pada tahun ini.
“Kami menjangkakan menembusi negara Filipina, Vietnam dan
Thailand pada 2018. redONE akan terus meneroka inisiatif baharu untuk
memberikan pelanggan akses kepada lebih banyak tawaran eksklusif dan diskaun
menarik pada masa akan datang.
“Pelanggan setia redONE memainkan peranan penting untuk
perkembangan syarikat dan menjadi tumpuan kepada redONE untuk merakamkan
penghargaan terhadap pelanggan melalui penawaran ganjaran eksklusif,” katanya.
Kata Ben, “redONE juga memperkenalkan pelan prabayar, redONE
Prepaid iaitu dengan hanya membayar RM10, pelanggan akan menikmati 500MB
selepas pengaktifan, panggilan percuma tanpa had antara rangkaian yang sama
serta banyak lagi.”
Untuk menghargai rakan niaga yang setia untuk terus bersama
redONE, Ben memberikan anugerah kepada rakan niaga dengan mengadakan dua
kempen.
"redONE akan menyediakan 12 buah kereta dengan jumlah
keseluruhan RM1.5 juta dan tiga kilogram emas. Kempen ini untuk cetuskan
semangat kepada rakan niaga sekali gus meningkatkan jualan mereka.
“redONE fokus kepada pemasaran digital dan akan melantik duta
redONE dalam masa terdekat. redONE kini dalam proses transformasi daripada
telekomunikasi kepada internet,” katanya.
Optimis kuasai pasaran redONE menjangkakan bilangan pelanggannya
dua juta menjelang akhir tahun ini dipacu pelbagai inisiatif termasuk
pembaharuan pelan dan pelancaran pelan baharu prabayar pada tahun ini.
Ben berkata, setakat ini, redONE mempunyai sejuta pelanggan yang
melanggan pelan pasca bayar redONE berbanding hanya 3,000 pada awal
diperkenalkan.
“Pelbagai usaha akan dilaksanakan untuk mencapai sasaran
tersebut kerana redONE mempunyai pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada
pelanggannya.
"redONE juga memperkenalkan pelan pasca bayar yang
mengenakan harga berpatutan,” katanya.
Ben berkata, redONE memperkenalkan pelan pasca bayar sensasi
terkini Amazing8 berharga RM8 sebulan, memberikan 1GB data dan panggilan
percuma tanpa had antara pengguna pasca bayar redONE.
Amazing28 pula hanya RM28 sebulan, memberikan 10GB data dan
panggilan percuma tanpa had antara pengguna pasca bayar redONE.
“redONE juga menawarkan Amazing48 berharga RM48 sebulan berserta
20GB data, panggilan percuma tanpa had antara pengguna pasca bayar redONE dan
panggilan percuma ke semua rangkaian,” katanya.
Menurut Ben, jumlah perolehan syarikat adalah RM310 juta pada tahun
lalu dan menyasarkan ia meningkat kepada RM400 juta menjelang akhir tahun ini
iaitu peningkatan sebanyak 30 peratus.
redONE adalah pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO) yang
menggunakan rangkaian Celcom untuk menawarkan harga jauh lebih rendah tanpa
mengabaikan ciri-ciri tambah nilai berbanding syarikat telekomunikasi lain.
Katanya, sebanyak 80 peratus pelanggan telekomunikasi di
Malaysia menggunakan produk prabayar dan selebihnya adalah pasca bayar.
Sokong sukan negara Menariknya, redONE menjadi penaja utama
skuad Kelantan pada kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2017 dan dipersetujui
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).
Ben berkata, penajaan tersebut sebagai menghargai pelanggannya
di negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut yang memilih redONE sejak ia
diperkenalkan pada 2012.
“Kami menghargai sokongan mereka selama ini malah pada 2015 dan
2016, Kelantan mencatatkan jumlah pelanggan tertinggi. Tajaan ini juga
bertujuan membantu skuad The Red Warriors yang berdepan dengan kemelut kewangan
yang sedang dihadapi Kafa. Selain itu, persamaan kami adalah Red,” selorohnya.
Ben yang berasal dari Pontian, Johor berkata, sempena tajaan
tersebut redONE akan melancarkan pek prabayar Red Wira berharga RM130 sahaja.
“Nilai kredit dalam Red Wira adalah RM120 dan ia boleh digunakan
sepanjang setahun dan istimewanya ialah setiap pembelian akan diberikan percuma
jersi edisi terhad The Red Warriors.”
“Simkad Red Wira ini boleh didapati di 96 kedai konsep redONE di
seluruh negara dan akan dilancarkan pada Mac nanti. Kami menyasarkan 100,000
simkad akan dijual memandangkan The Red Warriors mempunyai peminat yang
tersendiri,” katanya.
Selain The Red Warriors, Ben berkata, redONE juga menyokong
sukan badminton dan menaja pasukan Serdang Badminton Club dan Bangsar Hawks
Badminton Club untuk menghadapi saingan badminton SS Purple League.
Katanya, redONE juga akan melancarkan program Usahawan Muda
redONE pada April nanti untuk membantu 10,000 graduan lepasan institusi
pengajian tinggi awam atau swasta berusia 20 tahun ke atas.
“Mereka akan ditempatkan di 96 kedai konsep redONE sedia ada di
seluruh negara dan akan dilatih untuk menjadi seorang usahawan.
Mereka yang berminat dan mempunyai kelayakan bolehlah mendaftar
di laman web kami, iaitu www.redONE.com.my,” katanya.
Disclaimer: "Kami merupakan Rakan Niaga Sah (Sales Advisor ), bawah agensi 919 Network, yang mewakili redONE Network Sdn. Bhd. Maklumat di dalam website ini hanyalah penerangan ringkas. Sila layari web rasmi untuk maklumat terperinci di www.redone.com.my
0 comments:
Post a Comment